Walkzone Store

25 Jun 2009

HARIAN METRO: DIVIDEN 14 PERATUS

Berita Dari Harian Metro 25 Jun 2009

KOPERASI Wahida HPA atau KoHPA, koperasi ditubuhkan syarikat jualan langsung (MLM) milik penuh Bumiputera terbesar di negara ini, HPA Industries Sdn Bhd (HPA) sejak tiga tahun lalu, mengumumkan dividen sebanyak 14 peratus kepada pelaburnya bagi tahun modal saham berakhir 30 Jun 2008. Dividen empat peratus lebih tinggi berbanding tahun modal saham berakhir 30 Jun 2007 itu diumumkan ketika Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan Kali ke-3 pada 20 Jun lalu di Hotel De Palma Ampang, Selangor.

Mesyuarat dihadiri lebih 90 perwakilan dari setiap zon iaitu Utara, Timur, Selatan, Tengah, Borneo dan staf HPA dengan dirasmikan Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Perlis, La’anain Jamil.Pengumuman berkenaan dibuat Pengerusi KoHPA, Mohd Faisol Abdul Rahman, yang turut mengumumkan koperasi berkenaan mencatatkan keuntungan lebih RM1 juta bagi tahun kewangan berkenaan hasil daripada pelaburan dalam perniagaan Kopi Radix dan ayam organik yang dikeluarkan HPA.

Beliau yang juga Pengurus Besar Al-Wahida Marketing (AWM) Malaysia dan Indonesia iaitu unit bertanggungjawab terhadap pemasaran dan jualan produk di dalam HPA berkata, KoHPA akan meneruskan pelaburan di dalam industri yang dirasakan selamat tetapi mampu mencatatkan keuntungan besar di dalam HPA.

“Antara Laporan Projek 2010 terhadap unjuran keuntungan yang bakal diperoleh KoHPA ialah melalui pelaburan dalam Kopi Radix kerana terbukti kopi adunan daripada tujuh jenis herba keluaran HPA ini adalah kopi segera terlaris di Malaysia dan kini turut popular di Indonesia menerusi program `Groom Big’ yang dilancarkan HPA di Indonesia.“Kita juga akan melabur dalam beberapa projek besar HPA.

Baca Lagi...

23 Jun 2009

KO Wahida sah keluarkan 14% dan insyallah 20% pada tahun hadapan

Salam pada seluruh warga HPA, khususnya para ahli Koperasi Wahida Berhad.Kali pertama kita telah mengistiharkan dividen 10%. Dalam Mesyuarat Agung kali kedua baru-baru ini kita telah mencadangkan sejumlah 14% dan insyallah akan di sahkan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia(SKM).Saya mensasarkan tahun hadapan dengan plan membesarkan projek sedia ada dan projek baru, insyallah mampu mencecah sehingga 20%.


Diantara projek baru yang akan dilaksanakan adalah
1. Pembukaan beberapa RFC di Lembah Klang.
2. Usahasama dengan Halalgel
3. Usahasama mengembangkan perniagaan HPA dengan para Pengedar HPA.(Jual beli produk dalam jangkawaktu tertentu dengan jaminan bonus). LANGKAH AWAL MISSI BANK WAHIDA
4. Pengembangan projek Insuran berasaskan Takaful.

**Petikan dari Pengerusi/GM AL Wahida Marketing

Baca Lagi...
© Edited by Iwan 2009

  © Blogger template Fishing by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP