Walkzone Store

25 September 2009

Syampu Aromaterapi


Syampu Aromaterapi:
Kombinasi antara Aloe Vera dan Peppermint yang mengimbang kelembapan, menyegarkan dan menstimulasi kulit kepala membuat rambut bersih, sihat dan bersinar. Gosokkan dengan lembut pada rambut. Untuk menyejukkan kepala, biarkan selama 2-3 minit. Bilas. Ikuti dengan Perapi Rambut Aromaterapi.

Keterangan lain:
Syampu ini menggunakan minyak sari dari herba bukan pewangi tiruan.
Mengandungi pudina yang bertindak sebagai penyejuk kepala.
Mengandungi lendir lidah buaya yang sangat baik untuk rawatan rambut.
Pemintaan kedua tertinggi selepas syampu pegaga.
Gunakan perapi rambut (hair conditioner aromaterapi) selepas menggunakan syampu ini.
100% Halal & Muslim Product, Not tested on animals.

Kuantiti:
250 ml

Harga : RM 18.00

Baca Lagi...

Conditioner Aromaterapi HPA



Perapi Rambut Aromaterapi dengan Aloe Vera & Peppermint merupakan penjagaan intensif rambut yang merawat hingga ke akarnya untuk menguatkan dan memberi kelegaan pada kulit kepala. Rambut lebih lembut, sihat, bersianr, tidak kusut dan senang diurus.

Harga : RM 20.00

Baca Lagi...

Wahdah (Cecair Pencuci)


Cecair pencuci Wahdah ini dapat menanggalkan kotoran minyak pada pinggan mangkuk. Juga bertindak melembutkan tangan dan boleh digunakan bagi yang mempunyai tangan sensitif.

Harga : RM 6.50

Baca Lagi...

Ubat Gigi Amal (untuk kanak-kanak)


Dapatkan untuk anak-anak anda dengan rasa menyegarkan dan rasa strawberi segar terbaik. HPA Amal pasta gigi tidak mengandungi gelatin atau tulang abu.

Harga : RM 5.00

Baca Lagi...

Ubat Gigi Herba HPA


Ubat Gigi Herba HPA dengan khasiat daun mambu dan
bunga cengkih.

Antara kelebihan :
1. Diiktiraf HALAL oleh JAKIM
2. Diperbuat daripada sumber semulajadi iaitu daun mambu dan bunga cengkih
3. Tidak mengandungi gelatin dan serbuk tulang (Dicalcium Phosphate)
4. Tidak mengandungi florida yang merbahaya kepada usus
5. Mampu menyelesaikan hampir semua masalah gigi dan gusi

Dengan mengamalkan ubat gigi herba HPA, nafas akan menjadi segar, gusi sihat, kuman serta kaviti di dalam mulut dapat dibasmi serta menjadikan gigi kuat dan bersinar.

Khasiat Daun Mambu:
Herba yang berasal dari India dan Myanmar ini terkenal sebagai antiseptik atau antibakteria bagi mencegah masalah gusi dan gigi berlubang.

Khasiat Bunga Cengkih:
Herba yang berfungsi untuk menguatkan gigi dan seterusnya mencegah kerosakan gigi serta menyegar dan mengharumkan nafas.

Komposisi (200 gram per tiub) :
1. Azadirachta indica
2. Eugenia caryphyllata

Harga : RM 6.00

Baca Lagi...

Tea Tree Oil Cream


Krim Rambut Serbaguna ini adalah produk yang dihasilkan dari minyak pokok Tea Tree (Melaleuca alternifolia). Pokok ini terdapat banyak di Australia dan telah digunakan sejak beribu-ribu tahun dahulu sebagai agen anti-biotik tradisional. Walaubagaimanapun, keberkesanannya hanya dapat dibuktikan pada tahun 90an dan seterusnya menjadi masyhur hingga kini.

Berbeza dengan antibiotik konvensional, ia bersifat alami dan selamat. Membunuh dan mencegah percambahan mikrob sambil melindungi kulit dengan lembut. Bertindak merawat dan merapikan rambut. Sesuai untuk seisi keluarga.

Kelebihan:
1. Luka-luka kecil
2. Menghilangkan jeragat
3. Jangkitan fungi
4. Kulat air
5. Bisul
6. Kaki berbau
7. Herpes
8. Gigitan serangga
9. Ruam
10. Kudis buta
11. Ketuat atau kutil
12. Gatal-gatal

Berat bersih:
120 gram

Harga : RM 13.00

Baca Lagi...

Masker Anti Resdung


Masker terapi resdung dengan Coscinium Blumeanum (Root) membantu mengurangkan alahan resdung pada wajah. Amalkan pemakaian masker 1-2 kali seminggu untuk kesan yang optimum.

Cara penggunaan:
Lekapkan masker pada wajah yang bersih selama 30 minit. Tidak perlu bilas.

Harga : RM 8.00

Baca Lagi...

Tonik Pandan (Minyak Rambut)



Satu kajian menunjukkan bahawa dalam masa 100 tahun lagi semua lelaki dan perempuan akan menghadapi masalah keguguran rambut yang kritikal. Menurut seorang pakar rambut Professor Lubowe mengatakan bahawa punca kebotakan adalah seperti berikut:- 1. Air dan makanan yang semakin kotor dan mengandungi bahan kimia berbahaya.
2. Pencemaran udara yang semakin kritikal.
3. Tabiat suka menggunakan pewarna rambut, kerinting, meluruskan, penggunaan gel dan bahan kimia yang lain.

Kulit kepala di bahagian kulit kepala terdapat banyak pembuluh darah. Aliran darah yang terdapat pada lapisan kulit kepala berfungsi untuk membekalkan nutrien kepada akar rambut supaya menjadi lebih subur bagi pertumbuhan rambut. Tonik Pandan Rambut mengandungi pelbagai bahan yang diperlukan oleh akar rambut, kulit kepala dan rambut. Produk ini juga dapat mencegah berlakunya lkelemumur, rambut bercabang dan pertumbuhan mikroflora.

Komposisi (75 ml per botol) :
Minyak Zaitun dan Herba Pilihan

Dos :
Gunakan setiap hari. Waktu yang paling sesuai ialah pada waktu sebelum tidur dan waktu pagi. Urut dan picit pada kepala supaya menyerap ke akar rambut.

Harga : RM 15.00

Baca Lagi...

Krim But-but


Produk baru yang telah keluar dipasaran ialah seperti Krim But-But (pengolahan dari minyak but-but dalam bentuk krim, rasa panas dan wangi). Sesuai dipakai bagi menghilangkan lenguh-lenguh sendi dan urutan minyak panas.


Harga : RM 13.00

Baca Lagi...

Serbuk Tanah Liat Putih


Tanah liat putih dalam bentuk debu halus.Tanah ini digunakan untuk pelbagai kegunaan dan ia tidak beracun malah menjadi bahan untuk mengeluarkan racun dalam badan. Jika debu ini dimasukkan sedikit ke dalam tepung untuk menggoreng pisang ia akan menjadi rangup dan lebih sedap.

Perawatan untuk cirit-birit, santau (keracunan makanan) atau orang yang muntah darah tiba-tiba, diberikan air tanah liat putih ini. Bagitu juga boleh digunakan untuk tujuan rawatan ketagihan dadah. Banyak lagi kegunaannya. Dalam HPA produk dari tanah liat terdapat dalam tiga bentuk iaitu body scrub, sabun clay dan serbuk tanah liat halus.

Harga Pengguna : RM 8.00

Baca Lagi...

Krim Pelangsing Badan (Slim & Firm Cream)


Diperkaya dengan bahan aktif dan ekstrak tumbuhan terpilih, Krim Pelangsing Badan (Slim & Firm Cream) keluaran HPA berguna untuk membantu memecahkan lemak dan melangsingkan tubuh badan.
Gunakan setiap hari selepas mandi pada kulit yang kering.

Harga : RM 48.00

Baca Lagi...

Evening Primrose Oil (EPO) Softgel


Evening Primrose Oil (EPO) berkualiti untuk kesihatan dan kecantikan. Sejenis bunga liar berwarna kuning, digunakan sebagai bahan kesihatan sejak dulu lagi. EPO yang diperah daripada biji, kaya dengan Asid Gamma - Linolenik (GLA), sejenis asid lemak diperlukan kulit.

Antara khasiat minyak EPO:
  • Membantu mengawal atur kitaran haid.
  • Melegakan Sindrom Sebelum Haid (PMS) - iritasi, sakit kepala, sakit payudara dan senggugut.
  • Mengurangkan simptom putus haid - panas badan, peluh sejuk kemurungan dan kekeringan faraj.
  • Menggalakkan kulit yang sihat, muda berseri - bermanfaat kepada kulit yang kering, berumur atau berminyak. Melegakan ekzema dan alergi kulit.
  • Memperbaiki rambut yang kering dan rosak serta melegakan kulit kepala yang gatal.
  • Menguatkan kuku yang mengelupas atau mudah patah.
Kandungan:

60 (bovine) softgel
Setiap softgel 500mg

Dapatkan EPO Softgel HPA segera. Dijamin HALAL 100%.

Harga : RM 48.00

Baca Lagi...

Body Scrub


Produk ini mempunyai pelembap yang sangat baik. Gunakan skrub ini dan gosokkan secara lembut ke atas kulit bagi menghapuskan sel-sel kulit mati. Ia mampu menenangkan, memperbaiki serta melembutkan kulit agar kulit akan kelihatan segar semulajadi.

Fungsi/spesifikasi:
Menanggalkan serpihan kulit mati yang terkumpul pada permukaaan kulit.
Mengembalikan seri kulit dan mengembalikan kulit yang sihat secara semulajadi.
Menyegarkan dan melembutkan permukaan kulit.
Menghalusi kulit melalui nutrien penting yang terdapat pada skrub.

Cara Penggunaan:
Skrub badan ini sesuai digunakan dua kali seminggu bagi kegunaan rumah dan sebelum perawatan kulit dilakukan di salon professional. Letakkan sedikit skrub badan ke atas tapak tangan, selepas itu gosok secara lembut pada kulit dan sekitarnya. Bersihkan ia dengan air suam atau air biasa. Akhir sekali, keringkan dengan tuala.

Harga : RM15.00

Baca Lagi...

Madu Paramaria


Produk ini merupakan sinergi herba Paramaria dan madu dan ianya memberikan kesan yang maksima disamping pengurangan kepada kos untuk pembelian 2 produk sekaligus.

Produk ini sangat baik untuk merawat masalah kewanitaan seperti:
1. Melancarkan haid
2. Awet muda
3. Menghilangkan keputihan dan gatal pada kemaluan
4. Menghilangkan sakit pinggang
5. Menguatkan rahim
6. Menguatkan tulang
7. Manghaluskan kulit
8. Melambatkan menopous

Sesuatu herba yang dicampurkan madu akan memberikan kesan yang menyeluruh kerana madu bertindak sebagai katalis bagi membangkitkan kekuatan sesuatu herba. InsyaAllah.

Harga : RM 30.00

Baca Lagi...

Az-Zahraa Corset (Bengkung Tujuh Meter)


Produk terbaru keluaran HPA yang menjadi alternatif kepada barut berherba. Merupakan Bengkung Tradisional Jawa dengan saiz ukuran pinggang sehingga 40 inci. Ianya mempunyai dua tali di kedua belah kiri dan kanan bagi memudahkan pemakaian oleh kaum wanita amnya dan ibu bersalin khususnya.

Keistimewaan Corset:
Diperbuat daripada kain belacu yang tebal tetapi lembut dan selesa dipakai.
Pemakaian bengkung membantu menjaga kedudukan organ dalaman wanita semasa melakukan pergerakan dan aktiviti berat
Menjaga postur tubuh, membetulkan tulang belakang, memulihkan pembentukkan pinggul dan tulang pelvik
Sesuai dipakai bila-bila masa
Ukur lilit bengkung telah direka untukukuran pinggang sehingga 40 inci
Menegangkan kembali otot-otot perut
Membantu mengawal selera makan

Kaedah penggunaan:
Sapukan minyak barut ke bahagian perut, pinggang dan pinggul selepas urutan
Bengkung diletak mengelilingi kawasan perut dan diikat dengan kejap bermula dari bahagian bawah ke atas
Dinasihatkan memakai bengkung selama 44 hari sehingga 100 hari
Bagi yang menjalani pembedahan, bengkung digunakan hanya setelah sembuh dari kesan pembedahan
Cuci bengkung sebelum digunakan
Cara pemakaian bengkung ada disertakan pada produk

Harga : RM 50.00

Baca Lagi...

Barut Berherba



Barut yang mengandungi herba-herba terpilih digunakan untuk tujuan seperti berikut:- 1. Untuk ibu lepas bersalin. Barut ini bertindak untuk mengempiskan dan mengembalikan bentuk badan yang asal.
2. Membantu mengecutkan saluran peranakan dan mengekalkan kewanitaan.
3. Memulihkan tenaga selepas bersalin.
4. Melancarkan perjalanan darah.
5. Mengeluarkan lemak berlebihan yang terdapat pada bahagian perut.

Harga : RM 30.00

=============================================================

Panduan/Petua/Artikel Berkaitan Barut Berherba Tulisan Tn Haji Ismail,
Pengarah Urusan HPA

Barut Herba

Digunakan untuk wanita lepas bersalin,melawaskan buang air besar,masalah angin dalam perut dan lain-lain lagi. barut ini menggunakan daun lemuni,jintan manis dan rempah ratus sebagai bahan utamanya.

Pemakai akan merasai sedikit panas hasil dari rempahan yang digunakan dan terlebih baik jika dilumuri dengan minyak barut atau minyak but-but terlebih dahulu. Jika minyak but-but di masak dengan bawang putih ia akan menjadi lebih berkesan. InsyaAllah.

Baca Lagi...

Bedak Herba Untuk Wajah



BEDAK AWANA

Bedak awet wajah ini di dapati di dalam bentuk ‘powder’ dan ianya diadun bersama dengan bedak sejuk dan sejenis tumbuhan Kayu Sepang (Caesaipinia spp) yang dapat menanggalkan kulit-kulit yang mati pada muka.Sel-sel kulit muka akan mati dalam tempoh 1 minggu. Jika lapisan yang mati ini tidak ditanggalkan, kulit muka akan di dapati tidak berseri dan nampak tua. Proses membuang sel-sel mati inilah yang melambatkan ketuaan ini. Bedak ini perlu dicampurkan dengan air dan boleh digunakan seperti penggunaan ‘musk’ pada muka atau seperti bedak sejuk. Bedak Awana ini tidak boleh digunakan oleh mereka yang ada jerawat.


BEDAK DELIMA

Bedak ini merupakan persediaan herba untuk menghilangkan penyakit kulit seperti ruam, gatal-gatal badan, kudis, makan air dan lain-lain. Bedak ini menggunakan herba pegaga (Hydrocotyle Asiatica), Punica Granatum, Oryza Sativa dan Delima (Jasminum Sambac). Bedak Deliam ini perlu dicampurkan denagn air dan disapu pada tempat yang terkena jangkitan kulit. Jika tempat yang terkena jangkitan itu berair, maka penggunaan bedak ini tidak perlu dicampur air. Untuk mendapatkan kesan yang maksima sila ambil bersama Coscinium Plus, Herba Tuju Angin dan Teh Herba sebagai amalan pemakanan harian. Hampas Teh Herba boleh digunakan sebagai sampingan.


BEDAK JASMIN

Bedak ini telah diadunkan dengan tumbuhan ubatan Pokok Tengkuk Biawak (Ficus Calicarpa) dari famili Urticaceae. Bahan aktif dalam tumbuhan ini benar-benar dapat mengecutkan jerawat dan menghilangkannya. Bedak ini perlu dicampurkan bersama air dan digunakan sebagai ‘musk’ selama 1 jam. Selepas dibilas dengan air suam dan diwapkan, gunakan bedak ini seperti penggunaan bedak sejuk dan biarkan semalaman.Untuk mempercepatkan proses pemulihan amalkan bersama Coscinium Plus, Teh Herba dan Madu Asli.


BEDAK TOMPOK HITAM

Menghilangkan tompok hitam bukanlah satu perkara yang mudah. HPA yang membuat kajian terhadap penyakit ini telah menemukan sejenis tumbuhan yang mujarab iaitu Ubi Gadung. Bedak ini perlu dicampurkan dengan air dan boleh digunakan secara ‘musk’ atau seperti penggunaan bedak sejuk. Ia perlu diamalkan berterusan sehingga hilang tompok hitam tersebut. Untuk mempercepatkan kesembuhan, sila gunakan bersama Coscinium Plus, Teh Herba, Minyak Pati Sepang dan Bedak Awana.

Komposisi (50 gram per botol) :
Bedak Awana : Kayu Sepang (Caesaipinia spp)
Bedak Delima : Pegaga, Punica Granatum, Oryza Sativa, Delima
Bedak Jasmin : Pokok Tengkuk Biawak (Ficus Calicarpa)
Bedak Tompok Hitam : Ubi Gadung

Harga : RM 10.00

==========================================

Panduan/Petua/Artikel Berkaitan Bedak Tompok Hitam Tulisan Tn Haji Ismail,
Pengarah Urusan HPA

Menghilangkan tompok hitam:
Tompok hitam dimuka (freckles/jeragat) boleh dihilangkan menggunakan kombinasi bedak tompok hitam dan minyak sepang.Sapukan adunan itu 2 atau 3 kali sehari terutama waktu pagi atau malam.InsyaAllah dalam tempoh seminggu tompok hitam akan hilang.Disamping itu jangan lupa pengambilan omega 3 (kapsul/soft gel).

Baca Lagi...

Bedak Delima (biji)


Bedak delima baru (bentuk biji) yang dikeluarkan mempunyai kesan perubatan yang lebih kuat iaitu boleh digunakan untuk mengecutkan sesuatu ketumbuhan seperti bisol,jerawat,kayap,gatal gatal kulit malah boleh juga menghaluskan kulit.Ia diproses menggunakan kulit buah delima yang terpilih dan bercampur dengan bedak sejuk.Mengambil daripada pengalaman orang yang telah terkena kayap bedak ini sangat mujarab digunakan.

Pesakit gatal-gatal kulit juga boleh digunakan dengan dicampurkan beberpa butir bedak delima dengan air.InsyaAllah.
Bagi mengelakkan daripada ruam gatal dan "kesan merah air kencing" pada cabang paha bayi bayi bedak ini digunakan.
Guna seperti bedak sejuk, InsyaAllah terbukti.
 
Harga : RM 25.00

Baca Lagi...

Bedak Talkum Wanita (MBK)


Adunan istimewa dengan haruman sitrus, bunga-bungaan dan rempah ratus menimbulkan keceriaan dan keselesaan agar terasa segar, nyaman dan harum.

Kandungan: 80 g

*MBK - Mari bersama kami

Harga : RM 6.50

Baca Lagi...

Calming Fluid (Penyegar)


Gel berasaskan air yang inovatif. Mengandungi Chamomile, Aloe Vera, Centella Asiatica, Puraria Mirifica, Areca Catechu, Ekstrak Portulaca, Enzim Sepang dan Betik yang melembutkan, menegangkan dan mencerahkan kulit.

Sapu dengan nipis setiap kali selepas membersih diikuti dengan Esen Pencerah Intensif dan Pelembap. Sesuai untuk semua jenis kulit.

CARA PENGGUNAAN:
Gunakan pada waktu pagi dan malam selepas membersihkan muka dengan Brightening Cleansing Gel. Usapkan di bahagian muka dan leher dengan urutan ke atas.

Harga : RM 33.00

Baca Lagi...

Lady Cheer


LADY CHEER - PEMBERSIH KHAS UNTUK WANITA

Rumusan istimewa daripada ekstrak SIREH dan MANJAKANI bertindak membersih bahagian kewanitaan anda secara semulajadi agar lebih segar, harum dan yakin sepanjang hari.

Kelebihan Produk :
1. Merawat keputihan
2. Merawat kegatalan pada bahagian vagina
3. Melancarkan perjalanan haid
4. Penyubur kandungan wanita
5. Mengecut dan merawat kembali vagina

Kelebihan Herba :
Sireh (Piper betel)
1. Merawat keputihan dengan merencatkan perkembangan kulat (Candica Albican) penyebab keputihan.
2. Antiseptik untuk mengubati gatal dan alahan pada kulit serta ruam.
3. Melancarkan perjalanan haid dan penyubur kandungan/rahim wanita.

Manjakani (Croton caudatum)
1. Sebagai elemen perawat dinding vagina.
2. Membuang lendir dan partikal asing pada vagina.
3. Menstabilkan pH vagina.
4. Mengecutkan vagina serta merawat kembali saluran peranakan.
5. Membantu metabolisma dengan mengekalkan Vitamin E pada epidermis.

Serapat (Parameria laevigata)
1. Merawat saluran peranakan dengan mengimbangi pH serta keasidan vagina

Dengan beberapa titis sahaja anda akan merasai perbezaannya. Mulai hari anda sebagai wanita anggun penuh keyakinan!!!

Harga = RM 18.00

Baca Lagi...

Minyak Barut



Produk ini terdapat dalam Set Bersalin HPA. Kini mula dijual secara berasingan. Penggunaan minyak barut adalah untuk mencegah kemasukan angin pada wanita selepas bersalin. Sapu minyak barut pada perut dan ari-ari serta sendi-sendi yang lenguh seperti betis dan kaki. Minyak ini amat sesuai digunakan sebagai minyak urut.

Harga : RM 15.00

Baca Lagi...

Set Bersalin


SET BERSALIN - 8 PRODUK BERMUTU DALAM 1

Set bersalin adalah ramuan yang lengkap khusus untuk wanita yang baru melahirkan anak.

Set ini dirumus khas untuk khasiat seperti berikut:-
1. Mengelakkan masalah kebas kaki dan tangan. Keadaan ini berlaku oleh pendarahan yang banyak semasa melahirkan anak sehingga tubuh badan menjadi sejuk.
2. Mempercepatkan kesembuhan dan merawat luka dan pendarahan semasa melahirkan anak.
3. Mengembalikan kekuatan yang hilang akibat pendarahan semasa melahirkan anak.
4. Mengecutkan rahim dan mengembalikan kepada keadaan yang normal.
5. Menghilangkan sakit batu meriyan.
6. Membantu untuk mengeluarkan angin dalam badan.
7. Membantu melawaskan pembuangan air besar.
8. Mengatasi masalah bayi kembung perut, senak dll.

Set bersalin mengandungi:-
Minyak Barut (2 unit).
Gunakan minyak ini untuk mengelakkan kemasukan angin. Sapukan pada seluruh tubuh terutama di perut serta sendi-sendi yang lenguh.

Minyak Bayi (2 unit).
Gunakan pada bayi untuk senak, kembung perut, sering menangis pada waktu malam. Sapukan pada perut dan dada.

Teh Herba (1 unit).
Minuman berherba yang bertindak sabagai penyembuh luka dalam dan juga berkhasiat untuk mengembalikan kesihatan dan kesegaran.

Ubat Periuk (4 bunjut X 12 hari).
Rebus 1 bunjut bersama dengan 600ml air dengan api yang perlahan sehingga mendidih. Minum 1 cawan teh untuk 2 kali sehari pada pagi dan petang. Satu bungkus boleh diminum selama 3 hari.

Kapsul Wanita A & B.
Diambil selepas meminum ubat periuk. Amalkan satu kapsul A dan satu kapsul B setiap malam.

Ubat Basuh (Kegunaan Luar).
Rebus ubat ini dengan air melebihi sukatan herba yang sedia ada dengan api yang perlahan. Basuh di kawasan peranakan setiap pagi selama satu minggu selepas hari ke-40 selepas bersalin.

Spirulina.
Digunakan untuk menghindari sembelit, memperbaiki penghadaman dan penyerapan. Spirulina juga bertindak sebagai pencuci kolon dan sekaligus mengeluarkan keracunan dalam badan. Selain itu, spirulina juga memberi tenaga. Amalkan 2 kapsul pada waktu pagi dan 2 kapsul pada waktu malam selepas makan.

Tambahan Info:
1. Ubat Periuk (4 bunjut)
-menggunakan campuran pelbagai herba terpilih seperti pokok kacip fatimah bagi mengembalikan perca peranakan wanita dan membersihkan darah nifas.
Peringatan :
1 bunjut untuk 3 hari sahaja. Diambil selepas 3 hari bersalin bermula hari keempat hingga hari ke – 15. Minum 3 kali sehari iaitu sebanyak setengah cawan teh biasa. Ubat ini akan mengeluarkan banyak darah nifas yang kadang kala berketul-ketul.

2. Herba Sihat Wanita A dan Herba Sihat Wanita B
- Bermula pada hari ke- 16. Cara pengambilan – Herba Sihat Wanita A ( I pagi dan 1 malam) dan Herba Sihat Wanita B juga dalam dos yang sama.

3. Spirulina
- 1 kapsul pada waktu pagi dan 1 kapsul malam. Penggunaan selama 15 hari bermula pada hari ke- 4 hingga hari ke- 19.

4. Minyak Barut
- Penggunaan minyak barut adalah untuk mencegah kemasukan angin. sapu minyak barut pada perut dan ari-ari serta sendi-sendi yang lenguh seperti betis dan kaki. Minyak ini amat sesuai digunakan sebagai minyak urut.

5. Minyak Bayi
- Gunakan minyak ini untuk senak dan kembung dan sebagai minyak urutan bayi.

6. Teh Herba
- Diramukan daripada pokok Cantella asiatica (pegaga) untuk membantu mempercepatkan penyembuhan luka dalaman dan merawat penyakit kuning. Masukkan satu uncang teh ke dalam segelas air suam dan tutup gelas tersebut dan minum selepas 10 minit pada hari pertama selepas bersalin. Teh herba ini juga baik untuk kesegaran badan dan mengelakkan daripada sembelit. Satu kotak mengandungi 35 uncang untuk lebih sebulan.

7. Ubat Basuh
- Hendaklah digunakan selepas 40 hari bersalin. Rebus ubat basuh dengan api yang perlahan. Basuh di kawasan peranakan setiap pagi selama 7 hari berturut-turut.

**Sebagai tambahan ibu-ibu amat digalakkan menggunakan Herba Barut sebagai pelengkap set bersalin yang mengandungi herba yang bertindak sebagai pelawas, mengecutkan peranakan, mencegah kemasukan angin ke ruangan peranakan dan baik untuk mencegah fibroid.

Puluhan ribu ibu-ibu telah mengamalkan set bersalin HPA dan kadar pengulangannya amat tinggi yang membuktikan kemujaraban produk ini. Gunakannya dengan penuh keyakinan demi mengembalikan kemudaan tubuh dan kebahagiaan rumah tangga.

Harga : RM 85.00

Baca Lagi...

Minyak Bayi



Produk ini terdapat dalam Set Bersalin HPA. Kini mula dijual secara berasingan.

Gunakan pada bayi untuk senak, kembung perut, sering menangis pada waktu malam.

Sapukan pada perut dan dada.

Harga : RM 15.00

Baca Lagi...

24 September 2009

Minyak But-But


Minyak But-But mengandungi ramuan lebih dari 100 jenis herba, termasuklah jenis tumbuhan yang kebiasaannya digunakan oleh burung But-But untuk membuat sarangnya.

Kelebihan Minyak But-But adalah seperti berikut:-

Untuk Patah Tulang.
Panaskan minyak dan sapukan pada bahagian yang patah dan terus balutnya dengan kain. Amalkan bersama Radix sebanyak 6 kapsul sehari.

Untuk Buasir.
Sapukan Minyak But-But pada bahagian dubur/anus yang terkeluar. Amalkan bersama Ficus, Pelawas dan Coscinium Plus.

Untuk Darah Tinggi dan Lumpuh atau Stroke.
Panaskan minyak sedikit dan sapukan pada bahagian leher dan bahagian yang terasa kesemutan dan lumpuh.

Untuk Urut.
Minyak ini bersifat sejuk diluar dan didalam ia akan meresap ke lapisan epidermis yang mampu untuk mengubati saraf yang terganggu.

Sengatan Serangga.
Ambil kapas dan basahi minyak ini dan letakkan pada bahagian yang terkena sengatan.

Luka Kecil-Kecil.
Ambil kapas dan basahi minyak ini dan letakkan pada bahagian yang terkena sengatan.

Terkena Air Panas dan Luka Terbakar.
Sapukan minyak ke bahagian yang mengelembung.

Cirit-Birit.
Minum satu sudu kecil bersama air suam.

Kembung Perut.
Panaskan sedikit minyak dan urut perlahan-lahan secara berulang kali di bahagian perut secara memutar. Untuk kanak-kanak gunakan daun sirih dan sapukan minyak pada bahagian perut.

Asma.
Kanak-Kanak kecil, minum satu sudu kecil pada waktu malam dan sapukan pada bahagian dada dan selimutkan kanak-kanak tersebut.

Kanak-Kanak Yang Sering Kencing Malam.
Sapukan pada bahagian ari-ari sebelum tidur. Dicadangkan amalkan bersama Madu Asli.

Bayi Sering Menangis Pada Waktu Malam.
Sapukan pada bahagian kening atas pada setiap waktu malam.

Lemah Tenaga Batin.
Lakukan urutan pada bahagian zakar pada setiap hari.

Wanita Menopouse.
Digunakan untuk menghilangkan rasa sakit bersama suami.

Komposisi (75 ml per botol) :
1. Kaempferia Galanga
2. Melaleuca Lecodendron
3. Cocos Nucifera Oil
4. Tinospora Crispa

Harga : RM 10.00

===========================================================

Panduan/Petua/Artikel Berkaitan Minyak Zaitun Tulisan Tn Haji Ismail,
Pengarah Urusan HPA

Minyak But-But dan diare
Minyak But-But (MBB) juga sangat mujarab untuk diare(cirit)mencret-ind .Campurkan satu sudu makan minyak but-but kedalam secawan air suam/hangat-ind dan minum .Ulangi sekali lagi dalam tempoh setengah jam dan jika tidak sembuh juga ulangi sekali lagi.InsyaAllah.

Bagaimana ini boleh terjadi? kerana minyak but-but mengandungi arang (charcoal) yang dapat meneutralkan keracunan dalam perut.Biasanya minyak untuk urutan tidak boleh dibuat minum kerana terdapat bahan kimia seperti pewarna dan minyak hasil petrolium.

Ini berbeza dengan MBB kerana MBB terbuat dari minyak tumbuh-tumbuhan dan tidak mengandungi sebarang pewarna kimia.Ianya selamat untuk di minum.InsyaAllah

Baca Lagi...

Minyak Herba


Minyak ini mengandungi ramuan herba terpilih dari hutan tropika dan telah terbukti amat mujarab yang telah digunakan sejak turun-temurun. Minyak Herba yang mengandungi herba Tinospora Crispa (Patawali) ini amat baik digunakan sebagai penawar racun dan disyorkan sebagai persediaan di rumah bagi mengahadapi kemungkinan yang tidak diduga.

Kegunaan :
1. Terkena minyak panas, air panas dan cuka getah yang pekat:
    Sapu keseluruhan kawasan yang terkena itu dan InsyaAllah tidak melecur dan hilang kesakitan.

2. Termakan makanan beracun:
   Campur 1 sudu minyak ini dengan secawan air suam dan minum.

3. Terkena gigitan atau sengatan binatang berbisa:
    Minum seperti no. 2, kemudian ambil kapas dan basahkan dengan minyak ini dan tekap pada tempat yang terkena gigitan atau sengatan itu. Ganti dengan yang baru setiap 2 minit. Ulang 7 kali.

4. Gastrik:
    Minum 1 sudu besar bersama air panas serta disinergikan bersama Herba Tuju Angin.

5. Kudis, Panau, Kurap dan Gatal-Gatal:
    Sapukan pada bahagian yang berkenaan

Komposisi (50 ml per botol) :
1. Cymbopogon Nardus
2. Myristica Fragrans
3. Euginia Aromatica
4. Tinospora Crispa
5. Melaleucia Leucodendron
6. Aluerites Molucanna
7. Kaempferia Galnga
8. Litsea Kunstleri
9. Cocos Nucifera Oil

Harga : RM 10.00

Baca Lagi...

Minyak Pati Sepang


Minyak Pati Sepang ini menggunakan ramuan Kayu Sepang tanpa sebarang adunan bahan kimia moden. Ia dirumus khas untuk perawatan kulit muka terutamanya bagi menghilangkan tompok hitam, menghaluskan kulit dan membuang kotoran di muka.

Antara keistimewaan Minyak Pati Sepang ialah:-
1. Menanggalkan dan membuang sel-sel kulit yang telah mati pada lapisan kulit agar tidak terkumpul.
2. Mengelakkan terjadinya jerawat akibat daripada penebalan kulit dan penyumbatan liang-liang kulit.
3. Membersihkan kulit secara mendalam hingga ke liang kulit.
4. Sinergikan bersama Bedak Awana atau Tompok Hitam atau Jasmin sebagai butiran kasar yang dicampur untuk tujuan scrub.
5. Menghaluskan permukaan kulit.
6. Merangsang pertumbuhan sel-sel yang baru dan masih segar.

Komposisi (75 ml per botol) :
Kayu Sepang

Dos :
Campurkan Minyak Pati Sepang dengan Bedak Awana menjadi ‘Cleanser’, oleskan ke bahagian muka dan biarkan selama 2 jam. Bersihkan dengan menggunakan kapas kecantikan atau sabun khusus untuk wajah. Lakukan setiap malam menjelang tidur, dalam seminggu, InsyaAllah wajah anda menjadi putih, bersih, kencang dan berseri. Untuk memperolehi hasil yang lebih cepat, ambil Paramaria Plus, pagi 2 kapsul malam 2 kapsul.

Harga : RM 10.00


Panduan/Petua/Artikel Berkaitan Minyak Pati Sepang Tulisan Tn Haji Ismail,
Pengarah Urusan HPA

Menghilangkan tompok hitam
Tompok hitam dimuka (freckles/jeragat) boleh dihilangkan menggunakan kombinasi bedak tompok hitam dan minyak sepang.Sapukan adunan itu 2 atau 3 kali sehari terutama waktu pagi atau malam.InsyaAllah dalam tempoh seminggu tompok hitam akan hilang.Disamping itu jangan lupa pengambilan omega 3 (kapsul/soft gel).

Baca Lagi...

Kiswah (Aromatic Spray: Air Mawar)


Kiswah merupakan pati air mawar yang di import dari Syria. Air mawar merupakan pengubatan aromatik bagi membetulkan medan elektromagnetik , membantu mendapat tidur yang berkualiti dan di jadikan sebagai penyegar atau toner alami yang membantu menjadikan kulit sentiasa kelihatan segar dan muda. Kesan terapi oleh air mawar ialah ianya mampu memberi ketenangan, melegakan saraf dan otot serta awet muda. Rumusan air mawar HPA adalah terhasil dari pati bunga mawar yang bukan sahaja sesuai untuk kegunaan luaran bahkan amalan meminumnya serta penggunaan dalam masakan mampu memberi kesan yang baik untuk sistem pencernaan dan kesihatan amnya. Penggunaan air mawar pada kelambu kaabah (kiswah) menunjukkan betapa ianya disenangi.

Penggunaan:
- Direnjis pada tubuh, wajah dan pakaian
- Dicampur dalam minuman
- Dicampur beberapa titis untuk rendaman kaki
- Direnjis pada bilik tidur, dan kawasan dalam rumah
- Di tambah dalam air mandian
- Salah satu bahan dalam masakan

Harga : RM 18.00

Baca Lagi...

Sabun Asiatica XT (Ekstrak Pegaga)

Pelembap serta melindungi kesihatan kulit anda.

Dihasilkan dari ekstrak pegaga (Centella asiatica), Tea Tree Oil dan haruman Serai Wangi. Dapat mengekalkan kelembapan dan memelihara kulit secara semulajadi. Sabun Asiatica XT melapisi kulit dari sinaran matahari (UV) dan menjadikan kulit anda segar dan selesa sentiasa.

Komposisi (80 gram per buku) :
Centella asiatica, tea tree oil dan haruman serai wangi.

Harga : RM 6.00

Baca Lagi...

Sabun Bayi


Sabun bayi keluaran HPA sesuai untuk kegunaan bayi dan golongan dewasa.

Ianya bersifat lembut dan melegakan.

Diperbuat sepenuhnya dari sumber alami dan semulajadi yang menjadikan sabun bayi ini sesuai untuk mengatasi kegatalan kulit dan kulit sensitif.

Gliserin yang diambil dari minyak kelapa sawit dan beberapa bahan lain yang diambil dari tumbuhan membuatkan sabun ini bersifat hipoalergenik (tiada kerengsaan kulit).

Ianya tidak mempunyai pewarna serta pewangi dan tidak mengandungi sodium laureth sulfate (SLS) iaitu bahan kimia yang merangsang pembentukan buih.

Kombinasi bahan semulajadi yang terdapat dalam sabun bayi ini menjadikan kulit terasa bersih, lembut dan segar serta sesuai untuk kegunaan seisi keluarga.

Harga : RM 8.00

Baca Lagi...

Sabun Cassia (Ekstrak Gelenggang)


Mencegah punca kegatalan kulit anda.

Dihasilkan dari khasiat Gelenggang, Tea Tree Oil dan haruman Serai Wangi. Berkesan sejak turun-temurun untuk menyingkirkan ekzema, fungus, gatal-gatal, panau dan kurap. Baik untuk masalah kulit kanak-kanak dan orang dewasa. Kurang sesuai untuk perawatan muka.

Komposisi (80 gram per buku) :
Gelenggang, tea tree oil dan haruman serai wangi.

Harga : RM 6.00

Baca Lagi...

Syampu Pegaga


Syampu yang dirumus khas dengan pegaga untuk membersih dan memberi kelembapan untuk melembut dan membantu rambut menjadi sihat dan senang diurus. Boleh digunakan setiap hari. Ikuti dengan Perapi Rambut Pegaga. Untuk pembaikan mendalam gunakan Masker Rambut Pegaga 1-2 kali seminggu.

Berat: 250 ml

Harga : RM 15.00

Baca Lagi...

Sabun Pegaga Alami


Sabun Pegaga Alami keluaran HPA, tiada yang sepertinya – tanpa SLS (sodium laureth sulfate), pH seimbang, hipoalergenik dan efektif.

Diperbuat daripada minyak kelapa sawit murni dengan gabungan herba pegaga dan bahan semulajadi yang mewujudkan sensasi dalam mandian.

Sesuai dijadikan lulur muka dan badan.

Tidak begitu berasid atau beralkali, ianya menjanjikan kelembutan yang maksima.

Pegaga (Centella asiatica) mempunyai bahan aktif yang dibuktikan secara saintifik mempunyai kesan positif terhadap kulit selain mengandungi vitamin A, B, D dan K.

Pegaga dapat meransang pembentukan lipid dan protein yang berguna untuk kulit di samping berkemampuan mengikat struktur kolagen dan membantu sintesis pemulihan tisu kulit.

Harga : RM 12.00

Baca Lagi...

Sabun Saffron


Menghaluskan kulit dengan wangian semulajadi.

Sabun Saffron dengan ekstrak bunga-bunga terpilih, wangian asli dan Tea Tree Oil. Bertindak menghalus dan menyegarkan kulit anda selepas mandian. Sesuai untuk mandian pengantin bersama sintok limau dan untuk membangkitkan aura haruman semulajadi.

Komposisi (80 gram per buku) :

Ekstrak bunga terpilih, tea tree oil dan haruman serai wangi.

Harga : RM 6.00

Baca Lagi...

Sabun Susu Kambing


Pelembap dan pemutih serta melindungi kulit anda.

Sabun susu kambing asli yang mengandungi bahan pemutih dan pencerah semulajadi.

Sangat sesuai untuk kulit yang sensitif pada bahang matahari dan perubahan cuaca.

Ia mengandungi pelembap, mencegah kulit menjadi kering dan kasar.

Sesuai digunakan untuk seisi keluarga.

Harga : RM 6.00

Baca Lagi...

Sabun Whitening & Firming Soap

  • Di perbuat dari pinang muda dan pueraria membantu menghilangkan kesan-kesan hitam dan parut, memperbaiki warna kulit, menguatkan otot dan keanjalan kulit.
  • Menghilangkan noda-noda hitam di kulit dan meratakan tekstur kulit dan mengurangkan tanda penuaan.
  • Bersifat antifunggal dan antibakteria
  • Digunakan pada muka dan seluruh badan.
  • Kesan dapat dilihat selepas beberapa bulan pengamalan.
Harga : RM 18.00

Baca Lagi...

Men 2 In 1 Wash (Gel Mandian & Syampu)


Gel Mandian & Syampu nyaman dan menyegarkan, sesuai untuk kulit dan rambut normal.

Harga : RM 18.00

Baca Lagi...

Orange Wash (Cecair Pencuci Tangan)


Cecair pencuci tangan sesuai untuk seluruh seisi keluarga dengan haruman oren.

Harga : RM 12.00

Baca Lagi...

Sabun Clay


Ulasan Tn Haji Ismail bin Haji Ahmad, Pengarah Urusan HPA
Tentang Produk Sabun Clay:

Sabun ini telah mula memasuki pasaran MLM dan mendapat pemintaan yang tinggi. Tanah liat putih yang dijadikan bahan campuran dalam sabun ini menjadi ubat yang baik terutama untuk sakit-sakit kulit seperti ekzema,gatal-gatal dan lain-lain lagi. Penggunaan tanah liat putih(clay) adalah antara 3 - 10% namun bagitu memberikan kesan yang cepat pada penyakit-penyakit tersebut.

Ekzema adalah sejenis penyakit kulit yang sukar diubati dalam perubatan moden tetapi mudah diubati dengan penggunaan sabun clay ini. Pada peringkat awal sabun ini tidak di letakkan pewangi tetapi keluaran baru telah di masukkan pewangi yang boleh menyegarkan pengguna. Insyaallah. Tanah liat putih juga akan dijual dipasaran dalam bentuk scrub badan tidak lama lagi dan ia memberikan pembersihan yang sebenar mengambil daripada kaedah fikh menyamak dengan 1 bahagian air tanah.

Dari testimoni yang telah disampaikan terutamanya daripada leader-leader di utara menunjukan pemintaan sabun clay akan meningkat sekali ganda dipasaran HPA. InsyaAllah.

Harga : RM 10.00

Baca Lagi...

Minyak Sahara


Minyak Sahara yang diadun dari pokok Capa adalah satu alternatif kepada umat islam. Kenapa dikatakan alternatif? . Ini adalah kerana ia sebagai pengganti kepada minyak sediaan kecemasan (minyak angin) yang majoritinya selalu dibawa oleh wanita ke sana ke mari sebelum ini.

Keistimewaannya minyak ini adalah ia dapat melegakan sakit kepala, pening, loya dan aromanya juga dapat memberi ketenangan. Malah yang lebih penting adalah minyak ini tidak mengandungi bahan-bahan yang haram atau meragukan.

Harga : RM 10.00

Baca Lagi...

Sabun Anti Resdung


Dirumus khas dengan ramuan herba HPA, Coscinium Plus yang terkenal untuk mengubati resdung dan alahan. Gunakan Sabun Anti Resdung HPA setiap hari bersama Masker Anti Resdung HPA 1-2 kali seminggu. Tanpa pewarna, tanpa pewangi.

Kandungan:
Gliserin tumbuhan, Coscinium.

Harga : RM 10.00

Baca Lagi...

Sabun Spirudetox


Kegunaan:
Untuk kegunaan muka dan badan.
Sesuai untuk semua peringkat umur.

Kandungan:
Gliserin tumbuhan, spirulina, tanah liat putih.

Harga : RM 10.00

Baca Lagi...

Herba Rebusan

Merupakan produk dalam bentuk herba periuk. Dirumus khas daripada seratus peratus pokok herba tempatan yang bermutu tinggi. Mempunyai khasiat pengubatan yang tersendiri.

JENAMA & TUJUAN



1. D-HIPO –> Darah Tinggi
2. ALYXIA –> Lumpuh atau Saraf
3. ALAC –> Buah Pinggang atau Batu Karang
4. STOMA B –> Menambah Selera Makan
5. STOMA S –> Herba Kurus Badan
6. SEMARU –> Melawas Pembuangan Air Besar
7. LOHARD –> Penyakit Jantung
8. FOLIA –> Athma/Lelah/Angin
9. MANDI LULUR –> Herba Untuk Mandian
10. HERBA LULUR –> Ubat Cuci Untuk Wanita dan Keputihan
11. TENAGA HAYAT –> Tenaga Batin Lelaki
12. PENAWAR KENCING MANIS –> Untuk Kencing Manis
13. PENAWAR RESDUNG –> Resdung
14. M-GREN –> Jaram Untuk Migrain, Demam Panas dll
15. AN-MIA –> Untuk Tekanan Darah Rendah
16. FISALIN-B –> Untuk Ketumbuhan dan Kanser
17. DINOS –> Untuk Buasir
18. ARA –> Ghout
19. GATAL BADAN –> Untuk Gatal dan Ruam Badan
20. HERBA SENGGUGUT –> Sakit Bila Kedatangan Haid dan Kesuburan
21. KESUBURAN -> Untuk Kesuburan Wanita

Cara Penyediaan:
Masukkan kesemua campuran ini ke dalam periuk (Periuk tanah atau yang lain yang terbaik).
Masukkan air yang sama sukatan dengan herba tersebut (1:1)
Panaskan dengan api yang perlahan hingga mendidih.
Minum selepas daripada makan.
Dos yang ditentukan: 1 cawan kecil
Minum 1 hari 3 kali (pagi, petang dan malam)
Sekiranya air didih telah habis ulangi seperti di atas.
Ubat periuk ini hanya untuk 3 kali ditambah air (14 hari)

Berat Kandungan:
Antara 200 gram hingga 250 gram mengikut kategori jenama herba.

Harga : RM 20.00

Baca Lagi...

03 September 2009

USAHASAMARFC & KEMUDAHAN URUSNIAGA JUAL BELI PRODUK (MURABAHHAH)




1. InsyaAllah, RFC di Shah Alam dijangka akan beroperasi pada tahun hadapan. Pihak KOWAHIDA telah bersetuju membiayai modal bagi menyediakan tempat & peralatan untuk RFC Shah Alam.

2. KOWAHIDA juga telah membiayai modal tempat dan peralatan RFC di Lagenda Height Sungai Petani, Kedah.

3. Kemudahan Pinjaman Jual Beli Produk HPA berasaskan konsep Islami (Murabahah) telah pun diluluskan oleh Lembaga. Syarat pinjaman jual beli tersebut adalah kepada para PJS yang telah mencapai bonus RM 1,500 ke atas dengan jaminan Bonus nya, manakala pengedar yang bukan PJS boleh memohon kemudahan ini dengan Jaminan PJS dan Bonus PJS tersebut. Peraturan lanjut akan diperincikan oleh pihak KoWahida dalam masa terdekat ini.. InsyaAllah.

Baca Lagi...

02 September 2009

SKM LULUS DIVIDEN 14% KOWAHIDA


SALAM KEPADA SELURUH PEMEGANG SAHAM KOPERASI WAHIDA HPA BHD (KOWAHIDA)

Alhamdulillah, syukur kehadrat Allah swt, Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dengan resminya telah meluluskan permohonan KoWahida untuk melakukan pembayaran dividen 14% kepada seluruh pemegang saham berakhir Jun 2008 di bawah Persatuan 24 Peraturan-Peraturan Koperasi 1995.

Sehubungan dengan itu, pihak KoWahida akan menghantar surat penyata saham dan dividen kepada pemegang saham dan akan sampai selewatnya hujung bulan ini. Para pemegang saham yang menerima surat tersebut dikehendaki menjawab surat tersebut bagi menyatakan hasrat untuk menebus dividen atau melabur kembali sebagai saham.

Sebarang pertanyaan sila hubungi HQ koperasi di no tel 049773813/049773814 atau email ke copwahida@gmail.com atau kowahida@yahoo.com

MARI MELABUR DAN TERUS MELABUR KE KO WAHIDA.

Baca Lagi...
© Edited by Iwan 2009

  © Blogger template Fishing by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP