Walkzone Store

28 Ogos 2009

MESYUARAT ALK WAHIDA HPA BHD KE-7


Bagi Anggota Lembaga Koperasi Wahida HPA Berhad yang baru; ini merupakan mesyuarat kali kedua yang diadakan di pejabat koperasi di Kangar. Mesyuarat kali ini dihadiri oleh 12 orang ALK dengan di bantu oleh pengurus KoWahida Cik Nasrul Izzah dan kakitangannya.

Pemandangan Kaunter HadapanKaunter Hadapan
Pemandangan Dalam PejabatDalam Pejabat

Mesyuarat telah bermula sejak jam 3:00 petang sehinggalah menjelang waktu iftar. Ada 14 agenda yang dibincangkan dalam mesyuarat kali ini termasuklah mengesahkan permohonan keahlian baru yang berjumlah seramai 312 orang dan melantik beberapa ALK untuk membantu pihak kakitangan pengurusan dalam menyediakan lapuran pengurusan koperasi dan lapuran kewangan yang lebih tersusun.

ALK Dengan Jeket Baru
ALK Mendengar Taklimat

KoWAHIDA sebagai koperasi yang terbaik di Perlis dengan "turnover" melebihi 9 juta ringgit; perlulah memberikan contoh yang akan menjadi ikutan lain-lain koperasi. Sokongan dan keyakinan dari pemegang saham; di reflek dengan peningkatan jumlah saham yang dilanggan, amat memainkan peranan dalam membantu mengukuhkan lagi koperasi ini. Untuk itu pihak ALK telah memutuskan untuk melanjutkan pelaburan saham sehingga hujung tahun ini agar ramai lagi anggota yang dapat merasakan dividen yang dijangkakan akan meningkat melebihi 14% hasil dari sokongan mereka.

Banyak Perkara Perlu Diselesaikan
Mari Sama-Sama Kita Usahakan

Kerana kesuntukan masa; ada beberapa agenda yang tidak dapat dibincangkan seperti SOP dan bajet belian peralatan pejabat koperasi akan dibawa dalam mesyuarat yang akan datang pada 30hb September, 2009 di KL International Hotel K. Lumpur.

Mesyuarat telah ditangguhkan menghampiri waktu iftar dan semua ALK telah berbuka puasa bersama-sama dengan pengurus-pengurus anak-anak syarikat HPA Industries Sdn Bhd yang dijemput khas di atas rasa kesyukuran yang di rahmati oleh ALLAH SWT di RADIX Chicken House yang terletak bersebelahan dengan pejabat KoWAHIDA.

Menikmati Makanan Halal
Semuga Perjuangan Diberkati

Baca Lagi...

24 Ogos 2009

Katalog Produk

Sila klik gambar untuk paparan lebih jelas.

















Baca Lagi...

18 Ogos 2009

KOWAHIDA TERSENARAI KOPERASI TERBAIK DI NEGERI PERLIS

Suruhanjaya Koperasi Malaysia Negeri Perlis telah mengadakan Program Bicara Halatuju Koperasi Dan Telah mengumumkan KoWahida sebagai koperasi terbaik di negeri Perlis dengan turnover bisnes yang paling tinggi. InsyaAllah tidak lama lagi mungkin KoWahida juga akan tersenarai di antara 100 koperasi terbaik di seluruh Malaysia.

Berikut adalah senarai koperasi mengikut ranking di negeri Perlis:

BIL
NAMA
FUNGSI
TURNOVER
1
KOPERASI WAHIDA HPA BERHAD
PENGGUNA
9,218,831
2
KOPERASI GULA PERLIS BERHAD
KREDIT
7,388,112
3
KOPERASI PESERTA-PESERTA RANCANGAN FELCRA LUBUK SIREH PERLIS BERHAD
PERLADANGAN
3,353,962
4
KOPERASI ANGGOTA KERAJAAN & SWASTA NEGERI PERLIS BERHAD
KREDIT
2,791,517
5
KOPERASI KAKITANGAN KESIHATAN PERLIS BERHAD
KREDIT
2,648,850
6
KOPERASI PEKEBUN KECIL NEGERI PERLIS BERHAD
PENGGUNA
1,830,429
7
KOPERASI GURU-GURU MELAYU PERLIS BERHAD
KREDIT
1,420,965
8
KOPERASI KUMPULAN CIMA PERLIS BERHAD
KREDIT
1,355,762
9
KOPERASI PEKEBUN KECIL MUKIM TITI TINGGI NEGERI PERLIS BERHAD
PENGGUNA
1,162,083
10
KOPERASI PEGAWAI-PEGAWAI KERAJAAN NEGERI PERLIS BERHAD
KREDIT
1,131,333
11
KOPERASI PERMODALAN GURU-GURU MELAYU PERLIS BERHAD
KREDIT
878,180
12
KOPERASI PERBADANAN KEMAJUAN EKONOMI PERLIS BEHRAD
KREDIT
876,230
13
KOPERASI PEMBANGUNAN KAMPUNG & LUAR BANDAR TITI TINGGI PERLIS BERHAD
PENGGUNA
826,277
14
KOPERASI FELDA CHUPING PERLIS BERHAD
PENGGUNA
536,863
15
KOPERASI KEMAJUAN MASYARAKAT NEGERI PERLIS BERHAD
KREDIT
531,343
16
KOPERASI PESERTA-PESERTA RANCANGAN FELCRA HULU PAUH PERLIS BERHAD
PENGANGKUTAN
310,424
17
KOPERASI MAKTAB RENDAH SAINS MARA PERLIS BERHAD
PENGGUNA
273,610
18
KOPERASI POLITEKNIK PERLIS BERHAD
PENGGUNA
271,335
19
KOPERASI BAKTI MURNI PERLIS BERHAD
PENGGUNA
258.518
20
KOPERASI MAKTAB PERGURUAN PERLIS BERHAD
PENGGUNA
233,897


LIHAT 100 KOPERASI TERBAIK SELURUH MALAYSIA

Baca Lagi...
© Edited by Iwan 2009

  © Blogger template Fishing by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP