Walkzone Store

28 Oktober 2009

Peniaga Termakan Ayam Najis

PENIAGA TERMAKAN AYAM NAJIS
Oleh FAIZAL NAZARUDDIN

faizal.nazaruddin@kosmo.com.my

JAMALNASIR menunjukkan ayam goreng yang didakwa ada najis di Kangar semalam.


KANGAR - Seorang penggemar makanan segera fobia apabila mengalami keracunan selepas termakan najis yang terdapat dalam seketul ayam goreng yang baru dibeli dari sebuah restoran makanan segera di sini kelmarin.

Mangsa, Jamalnasir Kamarulzaman, 24, yang muntah-muntah akibat kejadian kira-kira pukul 1.30 petang itu terpaksa menerima rawatan di Klinik Kesihatan Padang Besar selepas sejam termakan najis yang terdapat dalam ayam goreng tersebut.

Menurut Jamalnasir, ketika mula menikmati ayam goreng itu dia tidak perasan dia terdapat najis di dalamnya cuma ada berbau masam sahaja, namun tahi ayam itu kelihatan sebaik dia memakan sebahagian ketulan ayam goreng tersebut.

"Saya mulanya hairan kenapa ada rasa masam-masam dan payau pada daging ayam yang dikunyah tetapi bila melihat bahagian selebihnya saya terkejut mendapati isi hitam di dalam daging itu ialah tahi.

"Saya terus hilang selera dan loya, sejam selepas itu keadaan bertambah teruk apabila saya muntah-muntah dan pening kepala sehingga terpaksa pergi ke klinik untuk mendapat rawatan," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Kangar di sini semalam.

Jamalnasir yang merupakan peniaga menjelaskan, ayam goreng itu merupakan salah satu daripada lapan ketul ayam goreng yang dibeli oleh ibunya di sebuah restoran makanan segera di sini.

KOMEN DARI GM AL-WAHIDA MARKETING
SETELAH MENDAPAT INFO DARI LAPORAN POLIS, AKHBAR KOSMO DAN PEJABAT KESIHATAN, MAKA SAYA DENGAN INI MENGESAHKAN IA BUKAN MELIBATKAN SAMA ADA RCH, RFC DAN AYAM HPA. SILA HEBAHKAN AGAR TIDAK BERLAKU KEADAAN PANIK.

INI KES RESTORAN AYAM GORENG YANG POPULAR DI NEGARA KITA...TAK BOLEH SEBUT NAMA.... 

Baca Lagi...

24 Oktober 2009

Aiskrim Toyyibah Perisa Vanila & Kopi Radix Ripple



Perisa baru untuk Aiskrim Toyyibah HPA; Perisa Vanila & Kopi Radix Ripple 
1 liter
Harga : RM 10.00

Baca Lagi...

Aiskrim Toyyibah Perisa Keladi



Aiskrim Toyyibah Perisa Keladi

1.5 liter
Harga : RM 10.00

500 ml
Harga : RM 5.00

Baca Lagi...

Aiskrim Toyyibah Perisa Koko Radix



Aiskrim Toyyibah Perisa Koko Radix

1.5 liter
Harga : RM 10.00

500 ml
Harga : RM 5.00

Baca Lagi...

Aiskrim Toyyibah Perisa Kopi Radix





Aiskrim Toyyibah Perisa Kopi Radix

1.5 liter
Harga : RM 10.00

500 ml

Harga : RM 5.00

Baca Lagi...

Aiskrim Toyyibah Perisa Vanilla



Aiskrim Toyyibah Perisa Kopi Vanilla



1.5 liter

Harga : RM 10.00


500 ml
Harga Pengguna : RM 5.00

Baca Lagi...

02 Oktober 2009

Kemudahan Untuk Langgan Atau Tambah Syer


Anggota Lembaga (ALK) Koperasi Wahida HPA Berhad telah memutuskan dalam mesyuarat ke8/09 pada 30hb September, 2009 yang lalu


1-Anggota KoWahida boleh melanggan syer baru atau tambahan syer dengan online ke dalam akaunKoperasi Wahida HPA Berhad melalui bank yang disenaraikan di bawah ini berkuatkuasa serta merta.

BANK ISLAM - 090 100100 46316;
MAYBANK - 5590 12306 051;
CIMB - 090 100001 10108;

Setelah ANDA bank-in [online] duit untuk tujuan langgan syer baru atau tambah syer; langkah seterusnya adalah:

- fotostat resit bank-in [untuk simpanan ANDA]
- serahkan resit asal kepada Pengurus Cawangan HPA atau pembantunya bersama borang keahlian atau borang tambah syer yang telah diisi dengan lengkap. [sertakan salinan kad pengenalan untuk permohonan baru]

Mulai 01hb November, 2009 pengurus dan kakitangan cawangan HPA tidak dibenarkan menerima apa-apa bentuk bayaran tunai untuk tujuan melanggan syer baru atau syer tambahan dari mana-mana anggota KoWahida; mereka hanya akan menguruskan penghantaran salinan resit on-line dari anggota KoWahida ke Ibu Pejabat Koperasi Wahida HPA Berhad untuk pengesahan pembayaran.

SYARAT-SYARAT UNTUK MENJADI ANGGOTA KOWAHIDA:

1-Warganegara,
2-Berumur 18 tahun ke atas,
3-Pekerja HPA atau ahli Al Wahida Marketing Sdn Bhd,
4-Bermastautin atau bekerja atau mempunyai tanah dalam kawasan operasi KoWahida.

MODAL SYER per INDIVIDU [Undang-undang kecil #55]

1-Fi masuk sebanyak RM10.00,
2-Syer minima RM200.00 [tidak boleh dikeluarkan kecuali selepas keanggotaan anggota itu tamat],
3-Syer maksima RM100,000 [Ditetapkan oleh ALK dalam mesyuarat ALK ke 8/09].

TAMAT KEANGGOTAAN [Undang-undang kecil #20]

Keanggotaan seseorang anggota terhenti atas sebab-sebab di bawah ini, mengikut mana yang berkenaan:

1-mati, atau
2-menarik diri mengikut undang-undang kecil 21; atau
3-dibuang mengikut undang-undang kecil 22.

UNDANG-UNDANG KECIL #21

21(1) - Seseorang anggota boleh menarik diri daripada Koperasi ini dengan memberi notis bertulis dua belas (12) bulan terlebih dahulu kepada Lembaga. Atas sebab-sebab yang munasabah, Lembaga boleh membenarkan penarikan diri dalam masa yang singkat.




Baca Lagi...

Projek Kemudahan Urusniaga Jual Beli Murabahah


PENGENALAN


Kemudahan Urusniaga Jual Beli Berdasarkan Konsep Murabahah ini diperkenalkan untuk memudahkananggota Koperasi Wahida HPA Berhad atau Pengedar Bertauliah Al Wahida Marketing Sdn. Bhd.membeli produk-produk HPA dengan modal yang besar.


KONSEP SYARIAH


Urusniaga Jual Beli ini berdasarkan konsep Murabahah di mana konsep ini adalah jualan tambahan untung dimana barangan diserah segera manakala harga jualan, terdiri daripada kos dan keuntungan, dibayar kemudian secara ansuran. Penjualan produk adalah pada harga yang termasuk margin keuntungan dan dipersetujui oleh kedua pihak. Harga belian dan jualan, kos-kos lain serta margin keuntungan dinyatakan dengan jelas semasa perjanjian jual beli dilaksanakan.


KELAYAKAN PERMOHONAN URUSNIAGA JUAL BELI BERDASARKAN KONSEP MURABAHAH


Kelayakan Urusniaga Jual Beli ini mestilah;

1) Anggota Koperasi Wahida HPA Berhad
a) Telah menjelaskan modal syer minima mengikut Undang-undang kecil Koperasi Wahida Hpa Berhad, Akta Koperasi 1993 dan Peraturan Koperasi 1995 subsekyen 55(1) Bagi maksud 50(b) Akta, setiap anggota hedaklah melanggan dua ratus ringgit syer sebagai sumbangan minimum yang hendaklah dijelaskan dalam tempoh dua belas bulan dan tidak boleh dikeluarkan kecuali selepas keanggotaan itu tamat.

2) Pengedar Bertauliah Al Wahida Marketing Sdn. Bhd.
a) Telah mencapai Pangkat Pengarah Jati Setia; atau
b) Mempunyai bonus minimum satu ribu lima ratus ringgit selama tiga bulan berturut-turut sebelum atau pada tarikh permohonan tersebut.


HAD URUSNIAGA


1) Minima lima ribu ringgit; atau
2) Lima kali bonus bulanan melebihi had minima; atau
3) Tidak melebihi seratus ribu ringgit; atau
4) Mengikut mana-mana jumlah yang terendah; atau
5) Bergantung pada kelulusan dan budi bicara Lembaga Koperasi.

KADAR KEUNTUNGAN


1) Sepuluh peratus enam bulan kadar tetap; atau
2) Lembaga Koperasi boleh menetapkan suatu kadar keuntungan yang berlainan berasaskan kepada “Kadar Urusniaga Jual Beli Semasa”.

TEMPOH BAYARAN BALIK


1) Tidak melebihi enam bulan; atau
2) Lembaga Koperasi boleh menimbangkan suatu tempoh lain mengikut budi bicaranya dari masa ke semasa.
** Walau bagaimana pun, sesuatu pembiayaan boleh diselesaikan dalam tempoh yang lebih singkat dan rebat atas keuntungan boleh diberikan oleh Lembaga Koperasi mengikut budi bicara nya.

JAMINAN URUSNIAGA


1) Bonus bulanan bagi pengedar yang mencapai pangkat Pengarah Jati Setia
2) Bonus bulanan penjamin bagi pengedar yang tidak mencapai pangkat Pengarah Jati Setia
3) Seorang penjamin bagi pembiayaan yang kurang dari lima puluh ribu ringgit
4) Dua orang penjamin bagi pembiayaan yang berjumlah lima puluh ribu ringgit sehingga seratus ribu ringgit.

KELAYAKAN PENJAMIN


1) Mencapai Pangkat Pengarah Jati Setia
2) Bonus minima tiga ribu ringgit sebulan
3) Tidak melebihi 5 kali jaminan; atau
4) Nilai jaminan keseluruhan yang telah dibuat berjumlah minima seratus ribu ringgit mengikut mana yang terdahulu.

TABUNG PERLINDUNGAN URUSNIAGA JUAL BELI


Tabung Perlindungan Urusniaga ini diwujudkan bertujuan untuk melindungi jumlah Urusniaga yang diluluskan jika peminjam mati atau ketidakupayaan kekal. Lembaga berhak melantik mana-mana syarikat insurans bagi melindungi pembiayaan yang diluluskan. Apa-apa bayaran premium yang dikenakan oleh syarikat insurans akan ditolak dari jumlah Urusniaga yang diluluskan.

BORANG DAN DOKUMEN URUSNIAGA


1) Setiap permohonan pembiayaan hendaklah dibuat melalui borang yang telah ditetapkan oleh pihak Koperasi Wahida HPA Berhad dan hendaklah disertakan dengan:-

a) Salinan Kad Pengenalan pemohon;
b) Salinan Slip Bonus tiga bulan terkini pemohon;
c) Salinan Surat Pengesahan Pengedar Bertauliah Al Wahida Marketing; atau
d) Salinan Surat Pengesaha lantikan Pengarah Jati Setia
e) Salinan Kad Pengenalan penjamin-penjamin (jika perlu);
f) Salinan Slip Bonus tiga bulan terkini penjamin-penjamin (jika perlu);

2) Permohonan pinjamam yang diluluskan, peminjam hendaklah menandatangani Surat Perjanjian Kemudahan Urusniaga Jual Beli Berdasarkan Konsep Murabahah dan di setemkan mengikut Akta Setem 1949.

3) Setiap penjamin hendaklah menandatangani Surat Perjanjian Jaminan yang ditetapkan oleh Koperasi dan disetemkan mengikut Akta Setem 1949.

Baca Lagi...
© Edited by Iwan 2009

  © Blogger template Fishing by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP