Walkzone Store

15 Julai 2009

SEMUA BARU

TARIKH: 14 JULAI 2009 [selasa]

Buat pertama kalinya selepas dilantik menjadi AHLI LEMBAGA KOPERASI [ALK] KOWAHIDA yang baru pada mesyuarat agung yang diadakan pada 20 jun, 2009 yang lepas; kesemua 15 orang ALK berserta 2 orang JURU AUDIT DALAMAN [JAD] dari 3 orang yang dilantik telah hadir ke mesyuarat bulanan ALK yang kebetulan diadakan di bilik mesyuarat pejabat KoWAHIDA yang baru di alamat No 313, Tingkat 1, Taman Pengkalan Asam, Jalan Kangar - Alor Setar, 01000 Kangar, Perlis.

[Nota: kuorom bagi mesyuarat Lembaga hendaklah 8 orang: undang-undang kecil KoWAHIDA 41]


Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Encik Mohammad Faisol dan dibantu oleh Pengurus Koperasi Cik Nasrul Izzah.

Dalam ucapan alu-aluannya, pengerusi telah menegaskan bahawa ALK adalah sebagai pemegang amanah kepada anggota KoWAHIDA, maka kerahsian adalah merupakan satu perkara yang penting.

Dengan pengumuman dividen sebanyak 14% bagi tahun berakhir 30 jun 2008, ramai individu dan juga pihak bank yang ingin turut serta melabur bersama KoWAHIDA. Walaubagaimanapun, beliau menegaskan halatuju KoWAHIDA mestilah selari dengan misi dan visi HPA itu sendiri.


Mesyuarat telah menerima 600 lebih permohonan baru untuk menganggotai KoWAHIDA dan jumlah permohonan dalam bulan jun 2009 meningkat 3 kali ganda dari bulan-bulan sebelumnya. Permohonan dari zon tengah dan utara mendominasi jumlah kemasukan pelabur yang baru.

Pihak KoWAHIDA mengharapkan kerjasama dari setiap pemimpin di dalam setiap zon untuk lebih aktif mewarwarkan akan kelebihan melabur bersama KoWAHIDA agar projek-projek yang bakal diusahakan dapat berjalan dengan lancar.


Di bawah ini saya turunkan petikan undang-undang kecil KoWAHIDA untuk maklumat pembaca.


Kelayakan menjadi anggota
10.(1) Keanggotaan Koperasi ini terbuka kepada pekerja HPA dan ahli Al-Wahida Marketing Sdn. Bhd.

Menurut seksyen 26 dan 27 Akta, seseorang yang ingin menjadi anggota Koperasi mestilah:
(a) warganegara Malaysia;
(b) telah mencapai umur 18 tahun;
(c) bermastautin atau bekerja atau mempunyai tanah dalam kawasan operasi Koperasi ini {Malaysia}; dan
(d) bukan seorang yang terhadapnya masih berkuatkuasa suatu sabitan bagi kesalahan boleh daftar, atau tidak upaya dari segi mental, atau bankrap yang belum dilepaskan, atau pernah dibuang daripada keanggotaan mana-mana koperasi dalam tempoh 1 tahun.


Permohonan menjadi anggota.
12.(1)Tiap-tiap permohonan menjadi anggota hendaklah disertakan dengan fi masuk sebanyak sepuluh ringgit. Fi masuk itu menurut perenggan 50(a) Akta akan dikembalikan kepada pemohon jika permohonannya ditolak oleh Lembaga.

(2) Bekas anggota yang memohon untuk menjadi anggota semula dikenakan fi masuk sebanyak dua puluh ringgit.

(3) Penama atau wakil yang sah menurut seksyen 24 Akta kepada anggota yang mati, jika layak menurut undang-undang kecil 10 dan memohon untuk menjadi anggota dalam masa tiga bulan selepas kematian anggota itu, tidak dikenakan fi masuk.

Penerimaan menjadi anggota.
14. Permohonan menjadi anggota hendaklah dipertimbangkan oleh Lembaga dalam mesyuaratnya yang boleh menerima atau menolak sesuatu permohonan itu tanpa menyatakan sebab-sebabnya. Seseorang yang diterima menjadi anggota hendaklah diberitahu secara bertulis tidak lewat daripada tiga puluh hariselepas penerimaannya.

Perolehan hak, kewajipan dan liabiliti anggota.
15. Menurut seksyen 28 Akta, tiap-tiap anggota yang telah menjelaskan bayaran penuh seratus ringgit syer bolehlah melaksanakan segala hak, kewajipan dan liabiliti sebagai seorang anggota sebagaiman yang terkandung di dalam undang-undang kecil ini.

Modal syer.
55.(1) Bagi maksud perenggan 50(b) Akta, setiap anggota hendaklah melanggan dua ratus ringgit syersebagai sumbangan minimum yang hendaklah dijelaskan dalam tempoh dua belas bulan dan tidak boleh dikeluarkan kecuali selepas keanggotaan itu tamat.

Pihak Lembaga juga telah memutuskan untuk menyemak semula permohonan daripada 19 orang anggota yang ingin menjual syer mereka yang tidak mengikut peraturan undang-undang kecil Koperasi.



Mesyuarat telah dapat ditamatkan sebelum waktu zohor dan semua yang hadir telah menjamu selera di Radix Chicken House milik HPA yang terletak bersebelahan pejabat KoWAHIDA.

Mereka yang hadir telah juga disajikan dengan itik panggang dan menu baru oleh Pengurus RCH; Encik Rashid iaitu satey goreng tepung yang sangat enak rasanya.


Baca Lagi...
© Edited by Iwan 2009

  © Blogger template Fishing by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP