Walkzone Store

28 Ogos 2009

MESYUARAT ALK WAHIDA HPA BHD KE-7


Bagi Anggota Lembaga Koperasi Wahida HPA Berhad yang baru; ini merupakan mesyuarat kali kedua yang diadakan di pejabat koperasi di Kangar. Mesyuarat kali ini dihadiri oleh 12 orang ALK dengan di bantu oleh pengurus KoWahida Cik Nasrul Izzah dan kakitangannya.

Pemandangan Kaunter HadapanKaunter Hadapan
Pemandangan Dalam PejabatDalam Pejabat

Mesyuarat telah bermula sejak jam 3:00 petang sehinggalah menjelang waktu iftar. Ada 14 agenda yang dibincangkan dalam mesyuarat kali ini termasuklah mengesahkan permohonan keahlian baru yang berjumlah seramai 312 orang dan melantik beberapa ALK untuk membantu pihak kakitangan pengurusan dalam menyediakan lapuran pengurusan koperasi dan lapuran kewangan yang lebih tersusun.

ALK Dengan Jeket Baru
ALK Mendengar Taklimat

KoWAHIDA sebagai koperasi yang terbaik di Perlis dengan "turnover" melebihi 9 juta ringgit; perlulah memberikan contoh yang akan menjadi ikutan lain-lain koperasi. Sokongan dan keyakinan dari pemegang saham; di reflek dengan peningkatan jumlah saham yang dilanggan, amat memainkan peranan dalam membantu mengukuhkan lagi koperasi ini. Untuk itu pihak ALK telah memutuskan untuk melanjutkan pelaburan saham sehingga hujung tahun ini agar ramai lagi anggota yang dapat merasakan dividen yang dijangkakan akan meningkat melebihi 14% hasil dari sokongan mereka.

Banyak Perkara Perlu Diselesaikan
Mari Sama-Sama Kita Usahakan

Kerana kesuntukan masa; ada beberapa agenda yang tidak dapat dibincangkan seperti SOP dan bajet belian peralatan pejabat koperasi akan dibawa dalam mesyuarat yang akan datang pada 30hb September, 2009 di KL International Hotel K. Lumpur.

Mesyuarat telah ditangguhkan menghampiri waktu iftar dan semua ALK telah berbuka puasa bersama-sama dengan pengurus-pengurus anak-anak syarikat HPA Industries Sdn Bhd yang dijemput khas di atas rasa kesyukuran yang di rahmati oleh ALLAH SWT di RADIX Chicken House yang terletak bersebelahan dengan pejabat KoWAHIDA.

Menikmati Makanan Halal
Semuga Perjuangan Diberkati

0 comments:

© Edited by Iwan 2009

  © Blogger template Fishing by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP