Walkzone Store

02 Januari 2009

Salam Pengenalan

Alhamdulillah... Setelah diperkenalkan syarikat HPA tentang konsep halal haram dalam aspek kehidupan seharian, maka kami mengambil inisiatif ini untuk berkongsi pengalaman, dengan niat sama-samalah kita menyampaikan ilmu ini agar keluarga kita, generasi kita dan agama kita tetap suci terpelihara.

Kenapa konsep halal haram ini masih kami ketengahkan walaupun kita berada di dalam masyarakat Islam, menpunyai badan pengawasan dan pensijilan halal? Adakah anda pasti makanan, dan barangan kelengkapan harian bebas dari syak wasangka. Sudah cukupkah dengan sijil halal yang dikeluarkan oleh badan berkuasa telah menjamin ia benar-benar bersih?

Kami cuba memberikan pandangan kami sendiri bahawa makanan yang diproses bukan sahaja benar-benar halal tetapi mengetahui siapakah yang membuat makanan tersebut. Siapakah ketua atau pengasas pembuatan makanan tersebut. Apakah amalan-amalan yang baik diamalkan oleh pembuat makanan atau produk tersebut? Sebagai contohnya adakah pekerja pembuatan makanan tersebut berwudhu terlebih dahulu sebelum bertugas menghasilkan makanan itu. Walaupun pandangan ini nampaknya radikal pada mata umum, namum ia terbukti ada keberkatannya dan sehingga kini pengeluar produk makanan ini telah berkembang maju selama hampir 22 tahun.

Sepanjang ada melayari blog ini, anda akan melihat bagaimana kami memilih makanan , kelengkapan seharian, rawatan serta bagaimana dari langkah ini, kami dapat menbangunkan ekomomi masyarakat Islam tanpa bantuan orang luar. Bersama-samalah kita menbangunkan sumber ekonomi umat Islam dari dinodai oleh sumber-sumber yang meragukan. Kami ucapkan selamat menerokai blog kami agar kita sama jadikan asas perjuangan kita membela agama , ekonomi dan generasi akan datang bebas dari anasir luar...Amin

0 comments:

© Edited by Iwan 2009

  © Blogger template Fishing by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP