Walkzone Store

01 Januari 2009

Peluang Perniagaan Bersama HPA

Peluang Istimewa untuk menjana pendapatan
secara online bersama satu-satunya
syarikat BUMIPUTRA MUSLIM
yang mempunyai kilang bertaraf ‘GMP’
semenjak dari tahun 1997 yang mempunyai
KEPAKARAN dalam RAMUAN HERBA-HERBA tempatan
dan mempunyai rangkaian pengedar yang MAHIR
dalam PERAWATAN HOLISTIK...

Peluang Perniagaan Bersama HPA

HPA Industries Sdn Bhd diasaskan oleh Tuan Haji Ismail bin Haji Ahmad pada tahun 1995 dan merupakan sebuah syarikat 100% milik bumiputra Muslim yang telah menghasilkan banyak produk HALAL berupa makanan kesihatan berasaskan herba, produk makanan HALAL dan produk kegunaan harian. Perniagaan ini dijalankan secara Multi Level Marketing (MLM). HPA (Herba Penawar Alwahida) adalah suatu kaedah penyembuhan berasaskan herba sumber alam semulajadi yang telah terbukti dapat menyembuhkan pelbagai penyakit penyakit.

Perniagaan MLM HPA telah diiktiraf sebagai MLM Syariah oleh Biro Konsultansi Majlis Ulama Indonesia dan HPA sendiri mempunyai Panel Syariah yang bertindak memantau segala aktiviti perniagaan HPA dari segi penyediaan produk dan konsep perniagaan yang digunakan. Ahli panel syariah HPA ini terdiri daripada para ahli akademik, pensyarah, professor dan ahli agama.

Apakah peluang yang ditawarkan oleh syarikat HPA?

Selain daripada peluang perniagaan MLM, anda juga boleh mempelajari ilmu diagnosis penyakit dan perawatan seperti bekam, akupunktur dan refleksologi. Pelan pemasaran MLM adalah berlandaskan syariah yang telah berjaya melahirkan ramai usahawan berjaya. Justeru itu, kami ingin mengajak anda untuk turut serta menceburkan diri dalam perniagaan HPA.

Kursus keusahawan dan perawatan herba turut disediakan oleh pihak HPA kepada ahli-ahlinya bagi melahirkan seorang usahawan yang berjaya dan juga perawat yang terlatih. Mari bersama kami menjalankan perniagaan terulung umat Islam masa kini. Anda hanya perlu menjadi ahli, beli, guna produk dan menaja untuk memperoleh pendapatan lumayan secara online ataupun offline.

Ciri-Ciri Produk HPA
  • Dikilangkan mengikut standard “Good Manufacturing Practice” (GMP).
  • Diluluskan oleh Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK) di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia.
  • Diiktiraf HALAL oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
  • Menggunakan 100% herba.
  • Tidak mengandungi sebarang bahan kimia.
  • Tidak mengandungi steroid.
  • Melepasi ujian had kandungan logam berat.
  • Melepasi ujian had Mikrob.
  • Melepasi ujian had kecairan.
  • Gunakan tanpa was-was, TIADA KESANGSIAN LAGI!
  • Berkesan dan mujarab, bersih lagi suci.

"Sebelum mengenali HPA, saya sering keluar masuk hospital kerana penyakit asma yang teruk selain sesunggut. Boleh dikatakan, sebulan dalam 2 atau 3 kali saya terpaksa mendapatkan rawatan dan dimasukkan ke hospital. Ubat dan 'inhaler' (ubat asmadalam bentuk sedutan) terpaksa dibawa ke mana saja saya pergi. Alhamdulillah, selepas mengenali HPA pada 2005 dan mengamalkan beberapa produk seperti Kopi Radix dan beberapa herba yang dicadangkan herbalis HPA, saya kini tidak lagi menghadapi masalah asma dan sesunggut yang sungguh menyakitkan terutama ketika haid."
Nurul Afiqah Osman (19 tahun) - Pelajar, SPM

“Produk Halal Menjadi Nadi Perjuangan Dan Rezeki Yang Diberkati ALLAH, Menjadi Garis Panduan Perniagaan Kami, Amin.”
Tn Hj Ismail Hj Ahmad, Pengarah Urusan HPA.

Kelebihan Menjadi Ahli HPA
  • Yuran keahlian HPA hanya RM30.00 sahaja seumur hidup. Tiada yuran tahunan.
  • Perniagaan ini boleh diwarisi.
  • Peluang menikmati pelbagai bonus dan insentif yang disediakan. Terdapat 11 ganjaran bonus hebat dari HPA.
  • Ahli mendapat Diskaun harga untuk semua produk dari 20% - 25%.
  • Peluang menambah ilmu perawatan seperti bekam, akupunktur, refleksologi, kiropraktik, ilmu diagnos penyakit melalui tapak tangan, iridologi (anak mata), lidah dan denyutan nadi.
  • Pelan pemasaran yang begitu mudah. ADIL dan SUKSES. Tiada penurunan pangkat dan peratusan bonus serta tiada group sales maintain!
  • Berpeluang menjana pendapatan lumayan melalui program 5 angka dalam masa 5 bulan dengan menyertai Seminar Perkongsian Bijak Cemerlang (PBC) HPA.
  • Berpeluang melabur dalam Koperasi Wahida HPA. Anggaran pulangan 10-25% setahun.
  • Belian minima hanya 50 Nilai Mata (NM) setiap bulan untuk layak mendapat bonus.
  • HPA menghasilkan lebih 200++ jenis produk dalam kategori kesihatan, harian, makanan, minuman, kosmetik dll. yang berteraskan harga ihsan, murah dan mudah dipasarkan.
  • Program 'Perkongsian Ilmu Cemerlang' (PIC) & Sijil Herbalis untuk menjadi perawat dan herbalis.
  • Ahli akan mendapat Nilai Mata (NM) dengan berbelanja di Restoran Radix Fried Chicken (RFC), Restoran Radix Oriental Cuisine (ROC), Restoran Radix Organic Recipe (ROR), Radix Chicken House (RCH), menggunakan perkhidmatan Dobi Toharah dan menginap di Hotel HPA.
  • Setiap bulan HPA akan menginfakkan sebahagian keuntungan kepada pertubuhan kebajikan, maahad tahfiz dan rumah anak yatim.
  • Penerapan amalan Islam dalam pekerjaan seperti semua pekerja diwajibkan berwudhuk, menutup aurat, membaca Al-Ma’thurat dan solat sunat dhuha sebelum memulakan kerja.
  • Mendapat potongan harga sehingga 50% jika menginap di De’Palma Hotel.
"saya menghadapi masalah usus yang serius sehingga menggangu pembelajaran saya di universiti. Apabila mengenali HPA dan menerusi nasihat herbalis, saya mengamalkan herba Pelawas, Tuju Angin dan Kopi Radix. Syukur kepada Allah SWT kerana penyakit saya kini hilang selepas mengamalkan selama 6 bulan"
Ghazali Ramlee (22 tahun) - Pelajar UNIMAS


Mari Bermuamalah Bersama Kami

Marilah bersama-sama kami menjalankan muamalah yang unik serta berlandaskan syariat Islam ini. HPA telah membuka peluang yang seluas-luasnya untuk anda menjadi pengedar HPA bagi menjayakan perniagaan ini dan sudah tentu HPA menawarkan satu pendapatan yang bukan sahaja menarik dan lumayan tetapi yang paling penting adalah barakah.

Kenapa barakah? Pertama, sebagai Muslim sejati, HPA sentiasa memastikan perniagaan yang ditawarkan ini bebas sama sekali dari amalan riba. Kedua, HPA tidak akan bersyubahat dan akan memastikan sumber bahan mentah yang digunakan adalah tidak bertentangan dengan syarak.

Seterusnya HPA akan menentukan para pekerja dan pengedar mematuhi etika sebagai Muslim sejati supaya kita semua, InsyaAllah akan mendapat Perlindungan, Keberkatan dan Dimurahkan Rezeki dimana juga kita berada.

Marilah Bersama Menyertai Perniagaan Umat Islam Terulung Di Era Ini. Pastinya Inilah Pilihan Anda! Bina Rangkaian Anda Secara Online Sekarang Juga! InsyaAllah....Impian Anda Bukan Hanya Sekadar Mimpi Kosong!

0 comments:

© Edited by Iwan 2009

  © Blogger template Fishing by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP