Walkzone Store

29 Mei 2009

MESYUARAT AGUNG PERWAKILAN TAHUNAN KALI KE-3 KOWAHIDA- DE PALMA AMPANG

Alhamdulillah.. Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan Kali ke-3 Koperasi Wahida HPA Berhad bertempat di Hotel De Palma Ampang semalam berjalan dengan cukup baik di mana seramai hampir 90 orang perwakilan hadir ke mesyuarat tersebut. Perwakilan yang hadir adalah terdiri daripada anggota-anggota Koperasi Wahida HPA Bhd. seluruh Malaysia yang dibahagikan bagi wakil-wakil zon masing-masing.


Mesyuarat telah di rasmikan oleh En La'anain bin Hj Jamil selaku Pengarah SKM Negeri Perlis, En La'anain dalam ucapan beliau menyatakan bahawa KoWAHIDA adalah dalam senarai koperasi terbaik di Negeri Perlis dan menjangkakan bahawa koperasi ini dilihat sebagai sebuah koperasi yang cukup tinggi potensinya.


KoWAHIDA berjaya mencatat keuntungan pada tahun berakhir 2008 sebanyak tiga kali ganda berbanding pada tahun sebelumnya iaitu hampir 1 juta ringgit keuntungan. Bajet 2010 yang dibentangkan oleh Lembaga pada kali ini pula menjangkakan keuntungan sebanyak 5 juta ringgit bakal diperolehi pada tahun berakhir 2010. Pengerusi, En Mohamad Faisol Bin Abdul Rahman dalam ucapan beliau memberi keyakinan kepada anggota bahawa koperasi akan merangka lebih banyak projek-projek besar bagi menjana lebih pendapatan serta dapat memberi keuntungan yang lebih baik kepada anggota insyaAllah..



Mesyuarat telah pun mengisytiharkan dividen sebanyak 14% bagi modal saham berakhir 2008 kepada anggota dan barisan baru ALK juga telah di lantik. Barisan baru Ahli Lembaga ini diberi harapan dan kepercayaan penuh oleh anggota bagi menggerakan koperasi ke arah cita-cita besar anggota dan salah satunya adalah koperasi menuju ke arah pembentukan sebuah perbankan Islam.

0 comments:

© Edited by Iwan 2009

  © Blogger template Fishing by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP