Walkzone Store

29 Mei 2009

PEMBAHARUAN INSURANS KENDERAAN BERMOTOR (KERETA/MOTORSIKAL)

Pihak syarikat ingin menarik perhatian tuan/puan kepada perkara di atas.
Adalah dimaklumkan bahawa pihak Koperasi Wahida HPA Berhad telah dilantik sebagai agen korporat bagi Takaful Malaysia Berhad dan menawarkan perkhidmatan pembaharuan insurans kenderaan bermotor (kereta/motorsikal).


Sehubungan dengan itu, semua Pengarah Jati Setia (PJS) dan PEMIMPIN serta AHLI-AHLI HPAdisarankan supaya mengambil insurans kenderaan bermotor (kereta) dengan Koperasi Wahida HPA Berhad.

Bagi yang sudah tamat insurans kenderaan bermotor ( kereta) dan berminat untuk memohon insurans kenderaan bermotor (kereta) dengan pihak Koperasi Wahida HPA Berhad boleh memperbaharui insuran anda bersama kami. Sila lampirkan bersama dokumen yang diperlukan iaitu:

1. Salinan Geran Kenderaan.
2. Sijil Insurans Lama / Cover Note.

Sebarang pertanyaan boleh melalui pegawai koperasi yang bertugas iaitu
Encik Shamsul Azrin Bin Saaid di talian no: 04 -977 3813 /14/ 012 596 0607.
Oleh yang demikian, kerjasama dari semua amatlah dihargai.

0 comments:

© Edited by Iwan 2009

  © Blogger template Fishing by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP